Taklimat di Auditorium










Para Peserta Sedang Kusyuk Mendengar Taklimat Dari Pegawai BTP 









          Rombongan DPLI-UTM sampai di BTP pada jam 8.50 pagi lewat sedikit daripada yang dijangkakan dan kami disambut dengan baik dan mesra oleh pegawai-pegawai di sana. Sebelum melawat setiap bahagian-bahagian studio yang terdapat di dalam BTP, kami diberi taklimat ringkas mengenai BTP oleh beberapa pegawai BTP yang dijemput khas daripada beberapa sektor yang terdapat dalam BTP. Pengerusi majlis iaitu Pn. Fauziah ada memaklumkan kepada kami bahawa di BTP ini terdapat beberapa sektor dan 15 pusat BTPN yang merangkumi semua negeri di seluruh negara. sektor-sektor yang terdapat di BTP adalah seperti berikut ;
  • Sektor Kejuruteraan
  • sektor Pembestarian Sekolah
  • sektor Pembangunan Kapasiti Profesionalisme
  • Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan
  • Sektor Pengurusan Literasi Teknologi Pendidikan
  • Sektor Pengurusan Pentadbiran
  • Sektor Penyiaran Pendidikan
  • Sektor pengurusan Strategik
  • sektr repositori dan rangkaian
  • Sektor Resos Pengajaran
  • Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendidikan
Ucapan Alu-aluan DaripadaTimbalan Pengarah BTP
Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Endut


          Dalam ucapannya, beliau ada menyatakan bahawa BTP memfokuskan kepada rangkaian yang dibuat iaitu 1BESTARI.NET yang dijangka siap pada Mac 2013 dan mengatakan bahawa bakal-bakal guru adalah penyambung generasi lama untuk menjayakan apa yang telah mereka usahakan. Beliau menasihati kami sebagai bakal guru agar berfikir ke arah pemikiran alaf 21 agar tidak duduk senang lenang sahaja. Beliau menyuruh agar kami mengambil iktibar negara-negara maju kerana negara -negara yang maju tersebut tidak akan maju tanpa kajian. Menurut beliau lagi, kajian tanpa tindakan pun tidak juga berguna kerana apa yang penting ialah kajian dan tindakan.
          Kita mendidik manusia dan bukannya robot. Ini adalah kerana, pelajar menerima ilmu yang kita sampaikan dan bagaimana cara penyampaian itu dilakukan supaya pelajar mendapat ilmu bukan hanya di atas kertas sahaja ( Peperiksaan ).  Beliau juga menasihati kami agar menjadi seorang guru yang dikehendaki oleh masyarakat dan jangan hanya memikirkan keputusan peperiksaan ( A ) sahaja kerana itu yang menjadikan manusia itu menjadi robot. 
          Semua guru belajar mengenai Falsafah Pendidikan Negara tetapi ramai dalam kalangan guru mengabaikan perkara yang begitu penting dalam FPN iaitu pemupukan minat dan bakat pelajar. Para guru hanya mementingkan kecemerlangan keputusan peperiksaan sahaja tanpa mengambil kira minat dan bakat yang ada pada pelajar mereka. Beliau juga menggesa agar apabila kami sudah menjadi guru nanti agar tidak memikirkan tentang "Classroom" itu, kerana pelajar di mana-mana pun boleh belajar dan dimana-mana sahaja kita boleh membuat P&P seperti di makmal komputer, makmal bahasa dan pusat akses komputer.    
          Nasihat terakhir daripada beliau ialah jadilah guru yang luar biasa yang hebat dan jangan menjadi guru luar biasa yang tidak hebat kerana guru yang luar biasa ini akan sampai dahulu sebelum namanya dipanggil atau disebut oleh orang lain.



* Semoga kata-kata nasihat dan semangat daripada beliau ini akan dapat kami manfaatkan dalam diri masing-masing yang mana akan menjadi seorang pendidik pada masa akan datang.*


Taklimat berkaitan dengan
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)
 Pn Janatul Shahidan 
(Sektor Resos) 

Dalam ucapannya beliau   menerangkan fungsi-fungsi Sektor Resos Pembelajaran dalam meningkatkan lagi pendidikan negara iaitu:
  • membantu aktiviti P&P di sekolah melalui aplikasi yang dibangunkan oleh BTP. Aplikasi ini menempatkan pelbagai produk yang dihasilkan oleh BTP dalam membantu pengajaran dan pembelajaran guru. Produk-produk di dalam aplikasi ini boleh dicapai melalui laman sesawang http://spp.moe.edu.my.
  • Merancang untuk menyediakan bahan P&P dalam pelbagai medium. Sektor ini adalah satu-satunya sektor yang mana menghasilkan bahan P&P yang diterbitkan melalui media cetak, radio, tv, cd rom dan rangkaian komputer. 
  • Bahan-bahan P&P yang telah dihasilkan adalah melebihi 1500 bahan P&P  tetapi hanya 1100 sahaja yang dimuat turun ke dalam portal SPP.
  • Bahan-bahan yang dihasilkan adalah mengikuti peredaran peringkat ICT supaya aspirasi Perdana Menteri tercapai iaitu P&P di sekolah lebih efektif dengan menggunakan ICT. 

Taklimat Berkaitan Dengan
Sektor Pernyiaran Pendidikan
En. Harun B. Sidek
REVOLUSI TV PENDIDIKAN
APA ITU WEB?









PERANAN EDUWEBTV



 KOMPONEN EDUWEBTV
Portal video
7 pusat data
Kandungan dan editorial
Latihan dan pendidikan teknologi








 OBJEKTIF EDUWEBTV

Menyokong pengajaran P&P.

Menyediakan perkhidmatan penyampaian maklumat pendidikan.





Sebelum portal
http://eduwebtv.com/v2/home/
dibuat, tv pendidikan bersaluran melalui RTM selama 27 tahun, Astro selama 6 tahun, TV9 selama setahun dan mulai Mac 2008, rancangan tv pendidikan tidak lagi disiarkan di televisyen. Menurut En Harun, Laporan Audit 2003 mengatakan antara sebab-sebab tv pendidikan tidak lagi disiarkan di televisyen adalah kerana penjadualan sukar untuk diselaraskan, halangan cuaca serta guru-guru tidak boleh "preview" rancangan terlebih dahulu.

Moto - Pendidikan digital untuk semua
Mengapa eduwebtv?? - ANYWHERE, ANYTIME, ANYONE.
- Medium baru penyiaran pendidikan
- Dapat dimuat turun mengikut jadual sendiri.
- Mengoptimumkan alatan ICT
- Merapatkan jurang digital



Taklimat berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah
En. Moktar Bin Wahid
Sektor Pengurusan Literasi Tekologi Pendidikan

          PSS merupakan tempat yang menempatkan pelbagai bahan rujukan, sumber ilmu, koleksi pelbagai media yang digunakan oleh murid dan guru dalam mendapatkan ilmu. Taklimat ini juga ada menerangkan tentang Program NILAM. NILAM adalah program yang diwujudkan bagi menggalakkan murid untuk membaca. Pusat Sumebr sekolah ini juga telah ditransfomasikan beberapa kali supaya bergerak seiring dengan pembestarian sekolah. Oleh itu, projek NILAM adalah sangat penting untuk meningkatkan mutu membaca dalam kalangan pelajar sekolah.
          Beliau juga ada menyatakan bahawa sektor pengurusan ini telah ditukar banyak kali dan akhirnya menggunakan sektor pengurusan literasi pendidikan. Sektor ini telah dipertanggungjawabkan  untuk merancang, mengurus dan menyelaraskan program-program.



           
Taklimat terakhir berkaitan Pembestarian Sekolah
  Dr. Dorathy Dewitt
sektor Pembestarian Sekolah









  Pembestarian Sekolah Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.

 Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
  • Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
  • Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
  • Polisi
  • Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
  • Teknologi
  • Proses

Dr. Dorothy ada menyatakan tentang wawasan sekolah bestari iaitu supaya pelajar-pelajar yang di ajar mengikut zaman teknologi maklumat kerana semua maklumat ada dimana-mana. Pendidikan tidak akan berhenti selepas sekolah atau universiti tetapi ianya adalah sepanjang hayat. Oleh itu pihak Kementerian Pelajaran akan memberikan latihan yang berupa virtual learning environment kepada guru-guru.
          Pembestarian sekolah telah melalui beberapa fasa dan sekarang berada di fasa yang ke 4 iaitu fasa kestabilan kelestarian. Pembestarian sekolah adalah satu konsep ke arah pembudayaan teknologi dalam pendidikan. Objektif  utama pembestarian sekolah ialah membina modal insan yang berkemahiran, merapatkan jurang digital sehingga ke pelusuk Sabah dan Sarawak. bagi melaksanakan program ini dengan berkesan, pihak kementerian pelajaran akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat korporat seperti Intel & Maxis untuk menyediakan teknologi terkini dalam pendidikan.










No comments:

Post a Comment