Moto
‘ Teknologi Untuk Pendidikan Bestari ‘
Sejarah BTP
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) mula ditubuhkan pada tahun 1971. Pada asalnya ia dikenali dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (BPSP). Ia bertujuan untuk memberi perkhidmatan pendidikan yang berasaskan siaran radio, perkhidmatan alat pandang dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah. Pada 8 Februari 1988, BPSP telah ditukarkan namanya kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah. Pada tahun 1996 , Pusat Sumber Pendidikan Negeri(PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru(PKG) diletakkan di bawah pentadbiran BTP dengan jumlah perjawatan keseluruhan sebanyak 2598 perjawatan. Pada tahun 2007 nama PSPN telah ditukarkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN). Tujuan penukaran namanya adalah untuk menaikkan taraf organisasi tersebut sebagai satu saluran penghubung antara BTP dengan sekolah dalam usaha meningkatkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah-sekolah. Mulai tahun 2002 BTP, BTPN dan PKG diberi tanggungjawab untuk mengurus, memantau dan menilai pelaksanaan Projek Rintis Sekolah Bestari yang melibatkan 88 sekolah rintis di seluruh Malaysia. Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management Systems-Requirements. Sistem ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki.
Objektif
1.
| Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi peningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru yang berterusan. |
2. | Memberi khidmat-bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan. |
3. | Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan murid dan guru. |
4. | Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru. |
5. | Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kemudahan pusat sumber bagi menyokong peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. |
Falsafah BTP
Bahawa penggunaan pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.
No comments:
Post a Comment