Ahli Kumpulan:
Jessie Gara
Jalimah Kasman
Rose Marie
Winnie Wilfred
Suasana menunggu bas di Hadapan Kolej 9
pada 8 Mei 2012 jam 10 malam
9 Mei 2012
Jam 7.00 pagi
Bersama dengan rakan-rakan dalam bas UTM ketika menuju ke Planetarium.
9 Mei 2012
Jam 3.00 petang
Corat - coret perjalanan Lawatan ke
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur
Lawatan sambil belajar ke Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit
Kiara Kuala Lumpur yang telah dirancang
oleh pihak Fakulti Pendidikan UTM untuk para mahasiswa dan mahasiswi DPLI-UTM 2012
berjaya dilaksanakan dengan baik. seramai 131 peserta yang telah mengikuti lawatan ini. Tarikh 8 - 9 Mei 2012 adalah merupakan satu
tarikh yang sangat bermakna dan indah untuk diingati oleh semua para peserta. Peluang yang telah
diberikan semestinya kami manfaatkan sepenuhnya. Lawatan ini juga disertai oleh
4 orang pensyarah bagi subjek KPT 4033 Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan
ini. Objektif utama lawatan ini diadakan ialah;
1) Memberi pendedahan kepada bakal guru tentang fungsi dan peranan BahagianTeknologi
Pendidikan (BTP) dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri.
2) Memberi panduan asas kepada bakal guru mengenai institusi yang boleh
dirujuk untuk Bahan Bantu Mengajar (BBM).
3) Memenuhi kurikulum subjek KPT 4033 seperti yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia
Perjalanan kami bermula pada 8hb Mei 2012 iaitu sekitar jam 10 malam dari Kolej 9, UTM dengan menaiki 4 buah bas UTM ke BTP Bukit Kiara Kuala Lumpur. Sebelum ke BTP, kami singgah sebentar di Masjid UTM Jalan Semarak untuk merehatkan badan, mandi dan rakan-rakan muslim dapat menunaikan solat subuh.
Pada 9hb Mei 2012 iaitu jam 7.00 pagi, para paserta DPLI/UTM 2012 bersama 4 orang pensyarah bergerak menaiki bas UTM ke Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara Kuala Lumpur dan kami sampai di BTP pada jam 8 pagi. Seterusnya kami dibawa ke Audoiturium BTP untuk mendengar Taklimat dari Timbalan Pengarah BTP dan ketua setiap sector dalam BTP dengan disambut mesra oleh pegawai-pegawai BTP. Taklimat bermula pada jam 9 pagi.
No comments:
Post a Comment