Jalan-Jalan Mencari Ilmu di BTP
Ringkasan Pergerakan Lawatan kami :
Studio Rakaman dan Penyiaran (Live Studio 2)
Studio Kawalan
Studio Editing
Audio Studio
Pusat Sumber
Virtual Learning Studio
Studio Bergerak
STUDIO RAKAMAN & PENYIARAN
Lawatan pertama kami adalah ke bilik Studio Rakaman dan Penyiaran yang mempunyai suhu yang sangat rendah supaya mampu menjaga dan mengekalkan keadaan peralatan, suasana dan artis dalam keadaan yang baik ketika bersiaran. En. Bob menerangkan secara ringkas tentang peranan bilik ini serta fungsi peralatan-peralatan yang ada seperti kamera berteknologi tinggi, lampu, penghawa dingin dan sebagainya. terdapat tiga buah kamera yang dikendalikan oleh tiga orang jurukamera. dua buah kamera mempunyai fungsi yang sama iaitu akan merakam dari dua sudut kiri dan kanan. satu lagi kamera pula akan membantu pembaca berita membaca teks dengan lancar dan disamping itu jurukamera akan dapat mendengar suara pembaca berita tersebut. Selain itu juga, terdapat lebih dari sepuluh lampu atau spotlight yang membekalkan cahaya
di dalam studio di mana setiap satunya dijanakan oleh berkilo-kilo Volt kuasa
elektrik. Paling penting semasa berlangsungnya proses penyiaran adalah cahaya lampu antara pembaca berita dan Backdrop yang terdapat di belakang pembaca berita. “Back-light” yang terdapat dalam penyiaran berita boleh menampakkan pembaca
berita tidak kelihatan melekat dengan backdrop yang terdapat dalam studio rakaman. “Box-polistrin” boleh bertindak sebagai
penghilang bayang. Kami juga diberitahu bahawa “Back-light” tidak perlu terlalu
terang kerana ia mampu memberi kesan gelap daripada depan.
LAWATAN KE STUDIO KAWALAN
Bilik kawalan dan studio rakaman adalah saling
berhubungan. Kedua-dua bilik khas itu akan berkomunikasi menggunakan sistem
intercomm atau talkback. Sistem ini menetapkan bahawa ketiga-tiga kamera yang
terdapat dalam studio rakaman ini akan dikawal oleh bilik kawalan.
Bilik Editing ini berfungsi untuk melakukan kerja-kerja suntingan bersama dengan proses Rendering. Aktiviti suntingan ini dilaksanakan dengan menggunakan perisian lebih mudah dan konsisten digunakan iaitu "Final Cut Pro". Perisian ini mampu menjimatkan masa pengguna terutamanya smasa proses rendering dilakukan. Perisian ini telah
disediakan oleh Syarikat Komputer Apple sebagai pakej perisian yang terdapat
dalam sistem unit dekstop sesebuah komputer Apple. Sistem suntingan ini sebelum dimasukkan ke dalam cakera keras komputer
perlu melalui beberapa peringkat. Antaranya adalah proses “digitalize” yang mana
setiap data analog iaitu dari kamera rakaman perlu ditukar kepada
digital melalui sebuah alat. Di sini kami diperkenalkan dengan “Panasonic Video
Converter” yang menjalankan tugas seperti yang dinyatakan di atas.
Oleh itu, setiap data yang perlu disunting haruslah mempunya skrip yang betul bagi memudahkan lagi proses suntingan video atau audio.
LAWATAN KE BILIK "AUDIO STUDIO"
Penerangan ringkas oleh Pegawai yang menyelaras bilik ini
Rakan-rakan sedang menguji suara emas mereka...
BTP juga mempunyai bilik audio yang lengkap dengan peralatan dan perisian yang berteknologi tinggi yang mana mampu menghasilkan muzik yang berkualiti. Masuk ke bilik audio ini mengingatkan kita pada artis pujaan iaitu di mana mereka banyak berada dalam bilik ini untuk menghasilkan sebuah album yang bermutu tinggi. Kualiti sesebuah muzik itu adalah bergantung pada perisian yang digunakan. Kami juga telah diberi peluang utnuk merakam suara. Peluang ini adalah merupakan suatu peluang keemasan yang mampu menyulam memori indah pada diri sendiri.
Contoh perlatan yang memenuhi ruang bilik ini iailah seperti Yamaha Power Mixer, Korg Keyboard, Drumset, dan segala kelengkapan rakaman muzik yang sangat canggih. Antara sistem perisian yang digunakan pula ialah Apple Logic Pro untuk membuatkan proses rakaman dan suntingan suatu bunyi akan menjadikan menjadi lebih mudah dan seterusnya mampu menghasilkan suatu alunan muzik dan suara yayang sungguh menakjubkan semua pendengar dan peminat muzik.
PUSAT SUMBER BTP
Suasana dan Susun atur Perabot dan Buku dalam Pusat Sumber BTP
LAWATAN KE BILIK VIRTUAL LEARNING
Bilik ini menyediakan satu ruangan yang cukup selesa untuk memaparkan bahan P&P yang telah dihasilkan dalam bentuk digital. Kami juga sempat ditunjukkan dengan beberapa slot P&P yang digunakan dalam proses P&P di sekolah.
Pegawai bertugas sedang menunjukkan contoh-contoh
paparan bahan pengajaran yang telah dihasilkan
LAWATAN KE STUDIO BERGERAK
Lawatan terakhir kami diBTP adalah di Studio bergerak BTP iaitu sebuah lori besar bersama dengan kontenanya yang mana mampu memuatkan semua peralatan dan kelengkapan studio yang canggih. Menurut En. Bob, semua peralatan yang ada dalam studioa bergerak ini adalah sama seperti dalam studio asal yang terdapat dalam BTP. Studio bergerak ini berfungsi untuk mendapatkan liputan di sekitar kawasan Kuala Lumpur ataupun di luar daripada Kuala Lumpur. Studio bergerak ini menelan belanja jutaan ringgit.
No comments:
Post a Comment