Tuesday, 29 May 2012

LAPORAN LAWATAN GURU DPLI-UTM KE BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Ahli Kumpulan:

Jessie Gara
Jalimah Kasman
Rose Marie
Winnie Wilfred

Suasana menunggu bas di Hadapan Kolej 9
pada 8 Mei 2012 jam 10 malam
 










Bergambar bersama rakan-rakan guru yang lain di hadapan Masjid UTM, Kuala Lumpur sementara menuggu bas ke BTP.

9 Mei 2012
Jam 7.00 pagi




Bersama dengan rakan-rakan dalam bas UTM ketika menuju ke Planetarium.


9 Mei 2012
Jam 3.00 petang





Corat - coret perjalanan Lawatan ke
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur


           Lawatan sambil belajar ke Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara Kuala Lumpur yang telah dirancang oleh pihak Fakulti Pendidikan UTM untuk para mahasiswa dan mahasiswi DPLI-UTM 2012 berjaya dilaksanakan dengan baik. seramai 131 peserta yang telah mengikuti lawatan ini. Tarikh 8 - 9 Mei 2012 adalah merupakan satu tarikh yang sangat bermakna dan indah untuk diingati oleh semua para peserta. Peluang yang telah diberikan semestinya kami manfaatkan sepenuhnya. Lawatan ini juga disertai oleh 4 orang pensyarah bagi subjek KPT 4033 Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan ini. Objektif utama lawatan ini diadakan ialah;
1) Memberi pendedahan kepada bakal guru tentang fungsi dan peranan BahagianTeknologi Pendidikan (BTP) dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri.

2) Memberi panduan asas kepada bakal guru mengenai institusi yang boleh dirujuk untuk Bahan Bantu Mengajar (BBM).

3) Memenuhi kurikulum subjek KPT 4033 seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

           Perjalanan kami bermula pada 8hb Mei 2012 iaitu  sekitar jam 10 malam dari  Kolej 9, UTM dengan menaiki 4 buah bas UTM ke BTP Bukit Kiara Kuala Lumpur. Sebelum ke BTP, kami singgah sebentar di Masjid UTM Jalan Semarak untuk merehatkan badan, mandi dan rakan-rakan muslim dapat menunaikan solat subuh.



           Pada 9hb Mei 2012 iaitu jam 7.00 pagi, para paserta DPLI/UTM 2012 bersama 4 orang pensyarah bergerak menaiki bas UTM ke Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara Kuala Lumpur dan kami sampai di BTP pada jam 8 pagi. Seterusnya kami dibawa ke Audoiturium BTP untuk mendengar Taklimat dari Timbalan Pengarah BTP dan ketua setiap sector dalam BTP dengan disambut mesra oleh pegawai-pegawai BTP. Taklimat bermula pada jam 9 pagi.